REFLEKSI DIRI

 Pandangan saya mengenai projek ini, saya serta rakan-rakan yang lain telah berjaya menyiapkan beberapa tugasan kerja bagi subjek Kesihatan & Kecergasan (KQK1051) untuk semester ini iaitu semester dua. Pelbagai perkara dan ilmu pengetahuan baru yang telah saya perolehi sepanjang proses menyiapkan tugasan kerja bersama rakan-rakan.

Disamping itu, tidak dapat dinafikan bahawa sepanjang menyiapkan tugasan ini, kami mengalami kekangan masa yang melibatkan pelbagai tugasan kerja subjek-subjek lain yang hendak disiapkan. Namun, masalah ini dapat diselesaikan dengan kerjasama yang diberikan oleh setiap ahli secara berkumpulan mahupun individu. Hal ini, saya dapat belajar untuk mengurus masa malah dapat menambahkan lagi kemahiran berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan-rakan.

Melalui tugasan ini, banyak perkara yang telah saya lalui dan pelajari. Setiap kekuatan dan kelemahan yang dihadapi sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini telah banyak menambah ilmu pegetahuan saya berkaitan kesihatan yang telah dibentangkan oleh rakan-rakan, antaranya tentang pemakanan yang seimbang, bahaya pengambilan alkohol, pengurusan stress dan banyak lagi. Dengan subjek KQK1051, saya dapat mengetahui begitu banyak yang dikategorikan sebagai kesihatan.

Comments

Popular posts from this blog