Posts

REFLEKSI DIRI

  Pandangan saya mengenai projek ini, saya serta rakan-rakan yang lain telah berjaya menyiapkan beberapa tugasan kerja bagi subjek Kesihatan & Kecergasan (KQK1051) untuk semester ini iaitu semester dua. Pelbagai perkara dan ilmu pengetahuan baru yang telah saya perolehi sepanjang proses menyiapkan tugasan kerja bersama rakan-rakan. Disamping itu, tidak dapat dinafikan bahawa sepanjang menyiapkan tugasan ini, kami mengalami kekangan masa yang melibatkan pelbagai tugasan kerja subjek-subjek lain yang hendak disiapkan. Namun, masalah ini dapat diselesaikan dengan kerjasama yang diberikan oleh setiap ahli secara berkumpulan mahupun individu. Hal ini, saya dapat belajar untuk mengurus masa malah dapat menambahkan lagi kemahiran berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan-rakan. Melalui tugasan ini, banyak perkara yang telah saya lalui dan pelajari. Setiap kekuatan dan kelemahan yang dihadapi sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini telah banyak menambah ilmu pegetahuan saya berkaitan ke...

VIDEO AERODANCE

https://youtu.be/0CE3117-6lg?feature=shared

SLIDE

Image
 

POSTER

Image
 

PENGENALAN

Image
Nama yang diberi Muhammad Hazrul Haqik bin Zailadi. 15 Oktober 2005 merupakan tarikh lahir saya, pada tahun 2024 genaplah umur saya 19 tahun. Saya berasal dari Kelantan dan dilahirkan di HUSM. Saya mempunyai 5 adik beradik termasuk diri saya. Antara ahli keluarga saya, saya sahaja yang sedang menyambung pengajian di KPM Indera Mahkota (KPMIM) manakala mereka bekerja di beberapa buah syarikat yang berbeza. Saya merupakan pelajar Semester 2 Diploma In Creative Digital Media Production di KPMIM dan bakal menamatkan pengajian diploma pada tahun 2025. Sebelum melangkah masuk ke KPMIM, saya merupakan bekas pelajar SMK Sungai Petai, SK Sungai Petai. Antara sebab saya memilih jurusan ini adalah kerana bagi saya industri kreatif pada masa kini tidak asing lagi bagi saya malah saya juga mempunyai minat terhadap perkara yang berkaitan dengan kreatif media.